Today

Carita hari ni tak ada yang menarik sebab aku masih sibuk dengan kerja2 mengemas rumah. Maklumlah hari2 je ada je orang datang beraya. Aku ni tak sempat nak relex ade je kerja yang mak aku maintak tolong. Mana tak nyer last year aku beraya di Saudi tahun ni kat malaysia jadi ramai la yang datang nak datang ke rumah tanya kabar dan sambil tu ziarah sekali mak dan bapak aku yang tak lama lagi nak berangkat menunaikan rukun islam yang terakhir. Boleh di katakan sehari aku di rumah dan tak sempat nak bermesra2 dengan kamera.

Semperna cuti panjang ni aku di beri peluang dengan jiran untuk membuat niaga catering. Ok jugak idea jiran aku tu boleh aku buat side income dan ade gak lah aku duit raya tahun ni kekekeke. Sebenar nyer catering ni idea anak dia dan hadir nyer aku dalam perniagaan dorang ni adalah sekadar nak bantu dorang je. Tapi big bos jiran aku dah bagi green light untuk join, so ape lagik aku pun join la. Tugas aku adelah mencari pelanggan dan menghantar pesanan. Jadi kalau korang ade nak buat ape2 program yang membabitkan makanan aku rasa korang dah tahu nak cari siapa kan? Kalau korang nak buat kenduri besar pon dorang amik. Jiran aku ni juga menyediakan perikhmatan seperti kemah, audio setup, dan lain2 yang berkenaan program besar cam tu. Kalau korang nak ape2 boleh la korang cari aku Insyaallah aku boleh tolong untuk korang.

Hari ni hati aku rasa macam nak pergi Tabley la. Entah la kenapa tibe2 je aku rasa cam bekoba2 nak join. Munkin Allah dah bagi green light kat aku soh pergi Tabley. Masa zaman abah muda2 baya aku pon join Tablay. Insyaallah kalau semangat aku ni beterusan aku nak jugak pergi Tabley bila tu aku tak tahu lagi. Buat masa ni tengok jelah ape yang ade kat you tube. Kalau dah boring kat you tube boleh belek2 hadith.

Haaii la nasib.. Semakin hari semakin suram je perasaan ni. Mana tak nyer dah berumur nak lepak luar ngan kawan2 kebanyakan sume dah kawen. Ada yang bujang pun jauh kat luar negara sana. Tak kan aku nak lepak oversea kot macam la aku ni anak kepada jutawan. Hari2 aku main ngan kanak2 kat sini. Bagus gak tu boleh belaja cam mane nak jaga budak2 hehehe.. Macam la aku layak nak jaga budak2, diri sendiri pon tak terjaga..

Aku plan bulan 11 or 12 ni konon2 nyer nak mendaki Kinabalu tapi plan tu macam tak jadi je. Sebab nyer aku tak ade member yang nak join. Nak ajak sepupu dia nak kawen plak. Nak ajak jiran dorang tak minat mendaki. Nak ajak abah, abah pergi haji plak. Nampak gaya nyer macam aku pergi daki gunung Datok je kot untuk lepas gian yang melanda di diri ni. Tak pon aku camping sorang2 je kat Kuala Lipis abis cite.

Esok aku plan nak main helikopter kontrol je la sampai piston helikopter aku meletop. Tak pon esok aku nak buat sesi menuba tasik kat belakang umah aku tu. Sebab nyer 2 hari lepas aku mancing tak dapat ikan dan aku rasa aku telah membuangkan masa free begitu saja. Hahaha aku memain je ade ke gile aku nak menuba tasik kesayangan aku tu. Baik aku menuba kolam pancing bayar kat serdang tu. Ade ke patut dia lepas ikan flower horn kat dalam kolam tu. Abis semua umpan orang ikan jenis bastard tu nak makan. Kalau besar takpe gak ni takat besar 2-3 jari ni. Sengkuang punyer tauke kolam ikan cut cost tahap gaban. Itu adalah terakhir aku datang kolam tu dan akan aku bagi tahu semua orang area serdang jangan pergi kolan ikan flower horn tu. Rasa nak print banner JANGAN PERGI KOLAM BODOH NI BUANG DUIT JE.. Argg geram gile aku.. Maaf iyer ter tencen kat sini plak. Ni angkara terikut perangai Juni yang melepaskan perasaan kat belog. Best plak aku rase.. Hehehe..

Sekarang ni dah pukol 1:39 pagi. Aku dah mengantok ni. Aku tido dulu iyer..Aku celik bijik mata nanti aku merapu lagi yer..

Catering

Kalau korang tak nampak menu tu klik sini

Catering? Bukan aku yang buat la.. Aku cuma tolong jiran depan rumah aku buat iklan kat sini je.. Kalau korang ade plan nak buat rumah terbuka ke opis terbuka ke, korang cuba la jiran aku ni aku boleh jamin masakan sedap. Jiran aku ni ade cawangan di Kuala Lumpur so orang² kelumpo korang jangan risau la .. Aku rasa catering ni boleh menerima tempahan satu Kuala Lumpur dan Selangor (tengok tempat juga kot) , Nilai, Seremban. Kalau korang segan nak telipon no atas tu korang buley email aku.. Korang cuba la bodek2 bos korang buat jamuan hari raya kat opis, boleh panggil jiran aku punya catering.. Kepada adik² kakak² abang² makcik² pakcik² bos² yang nak buat rumah terbuka di rumah atau di pejabat jangan malu jangan segan untuk hubungi catering jiran saya ni ye.. W'salam Selamat Hari Raya kepada semua..

Jom buat caption

Cuba korang reka caption mengenai gambar di atas. Caption terbaik aku belanja makan KFC.

DOF

Bunga kebanggaan orang melayu

Minggu ni macam best bermain dengan telefoto lens. Minggu gile main DOF dan sangap Bokeh pakai telefoto lens.. Asyek main 50mm buat bokeh tapi minggu ni aku ubah sikit cara capture menggunakan telefoto dan hasil nyer bunga ni dan gambar yang terdapat pada entry sebelum ni.. Boleh tahan gak hasil nyer cuma Bokeh nyer tak berapa nak bulat dan terang la.. Entry berikut nyer aku nak sumbat gambar gambar pakai 10-22mm plak yezza..

Guitar


Camera:Canon EOS 400D Digital
Exposure:0.013 sec (1/80)
Aperture:f/4.0
Focal Length:200 mm
ISO Speed:800
Exposure Bias:0 EV
Flash:On, Red-eye reduction

New look

Style abis pesyen rambut baru aku.. Opss mane ade rambut.. Style abis kulit kepala aku.. Ni gambar semalam aku beraya ke Bukit Jelutong Shah Alam. Aku raye kat umah Pak Cu dan Mak Cu bukan Makcunnyer tau.. Hehehe jgn marah Makcunnyer yer hari ni kan masih hari raye saye mintak maaf yer... Aku nak bersiap jap ni aku nak ke Perak hantar Nadia balik Uitm dan aku nak kuar mancing kat sana ngan Pak Ngah a.k.a abah aku yang macoh tu.. Tapi hati ni cam tak mo gi jer.. Adeh aku masih belum buat keputusan ni..

Raya di Rembau

Gambar bunga api pak teh telah aku ubah menjadi e-kad raya untuk semua kawan² bloger dan semua silent reader

Aku, Mak, dan Uncle Wim

Aris denga bunga api dawai sepeket singit

Aku pon dengan aksi bunga api dawai singit

Nadia juga dengan bunga api sebungkus singit

Abah, Uncle Wim, and Me

Alhamdulillah tahun dapat juga kita menyambut raya Aidilfitri sekali lagi. Tahun ni seperti dua tahun yang lepas aku beraya di Bagan Lalang dulu, lepas solat raya baru balik Rembau (kampung mak aku). Tahun lepas aku beraya di Makkah tapi tahun ni aku beraya di Malaysia. Hari raya pertama ni aku cuma nak mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri dan maaf kalau aku ade buat korang terasa atau terkasa bahasa. Esok aku tak tahu ape plan family aku. Aku ikot je mane dorang nak pergi. Munkin esok aku balik Sg. Choh Rawang kot. Tak tahu.. Nanti aku update lagik gambar2 raye untuk korang..

Nota untuk Lotpi...

Sebelum ko balik Makkah mak dan bapak aku jemput ko beraya kat Bagan Lalang..
Nadia plak paksa ko datang raya gak kat Bagan Lalang..
Aku plak ok je kalau ko nak datang..
^_^ Selamat hari raya bro..

The Keris

Berbuka Puasa Di Akademi Audit Negara

Selepas Solat Tarawekh Separuh dah balik tinggal ni je kat surau Akademi

Close-up Bos mak tengah doa

Selesai Tarawekh

Muka penat Pn. Rosenani Ahmad. Yang penting mak sangat happy malam tu

Minum-minum sambil borak selepas Tarawekh

Muke Hakim tak tahan nak berbuka

Group perempuan yang tinggal selepas Tarawekh

Adik aku Harith dan kawan dia melantak Bubur lambok

Budak ni belum raya dah nak mintak duit raya

Menu berbuka yang di sediakan

Mamat ni la tukang amik gambar

Abang tolong amik gambar kami tak sembahyang bang.. Jgn marah bdk2 ni sebenar nyer solat sekali..

Pakcik baju hijau sedang berdoa

Baju pink tu silent reader blog aku rupe2 nyer. Salam kenal ye Aunt Fatimah..

Gambar ni sebenar nyer aku nak post minggu lepas lagi. Tapi aku asyek sibuk je baru hari ni free nak update belog. Lokasi dalam gambar2 di atas adalah Akademi Audi Negara Sepang. Aku di jemput khas oleh mak aku sendiri untuk amik gambar free. Dalam jamuan tu aku berjumpa dengan silent reader iaitu Aunt Fatimah. Aunt Fatimah ni ikot blog aku sejak aku di Arab Saudi lagi. Tak sangka plak malam tu aku kena puji dengan Aunt Fatimah pasal gambar2 yang aku amik cantik2 belaka dia kata la.. Cantik kerr ?? huhuhu.. blushing2 dah aku ni.. Hmm ape lagik nak cerita ni? Aku dah la update ni pukol 3.14 pagi buta.. Banyak benda sebenar nyer nak cerita tapi bile semakin panjang menaip ni semakin menjadi menguap2 nie macam soh aku tido je.. Haha siyes cam aku nak tido dulu je. Ape2 pon korang enjoy la gambar2 yang aku postkan nie. Esok aku update lagi la yer.. puipui..

Video Raya

Selamat hari raya kepada semua pembaca dan maafkan saya jika ada salah silap atau terlanjur kata. Video ni untuk tatapan semua pembaca.

Masjid Putrajaya 2

Pandangan dari bawah ke atas qubah masjid dan suasana dalam masjid sangat tenang sekali

Bawah qubah masjid Putajaya 2

Ruang Wuduk

Pandangan dari Pintu masuk hadapan masjid Putrajaya 2

Reka bentuk kepala paip yang sangat menarik dan cantik

Pengcahayaan di tempat wuduk

Semalam aku ke Putrajaya saja keluar jalan2 amik gamba. Aku singah la kat masjid putrajaya yang baru tu dan aku rasa sangat kagum dengan reka bentik masjid ni. Masjid ni besar dan cantik. Kalau korang ade peluang ke Putrajaya jangan lupe pergi masjid ni memang sangat cantik. Malang nyer bateri kamera aku abis plak. Gamba ni je yang sempat aku amik semalam sebelum bateri aku abis. Insyaallah kalau ade masa lagi aku akan kesini lagi untuk shooting kali ke-2..

Emosi



Emosi aku hari ini tak berapa tenang diatas beberapa sebab. Insyaallah esok, lusa, tulan, aku ok la. Gambar ni tekanan perasan semasa aku kat Jeddah KSA sebab tak dapat balik raya tahun lepas. Tapi hari ni aku bukan tekanan perasan pasal aku tak dapat balik malaysia tapi pasal lain. Pasal ape? Biarlah aku saja yang tahu. Walaupun pahit, pahit la aku kena telan. Aku yakin ini semua dugaan datang nyer dari Allah untuk menguji aku. Aku kena tempuhi dengan tenang.

Outing Tanjung Sepat

Aku yang tengah tekun amik gambar ala2 arab

Jalan kat atas jeti ala2 pelancong arab yang sangkut kamera kat tengkuk

Pokok idop atas batang tiang jeti

Sengeh2 ala2 arab

Bot pukat nelayan ala2 arab gak

Abah a.k.a Visualvivid menunjukkan pose telampau ala2 arab tak pakai jubah

Jeti dan pantai dan langit

Aku nak solat tarawekh kajap. Nanti lepas solat aku sambung cite lagi.

Sambungan..
Alhamdulillah selesai sudah tarawekh ke 15 (kalau tak silap la) sebab selama bulan ramaddan ni aku miss dah 3x hahaha.. Okey la aku nak sambung cerita outing petang tadi. Hari ni aku outing ngan bapak aku selaku driver hari sebab nyer aku tertinggal wallet boley. Aku bukan sengaja nak soh bapak aku drive sebab nyer semenjak pematang pasir pas menang asyek ade road block je. Aku plak pakai jubah mesti polis ingat aku orang pas sedangkan aku tak pernah daftar nama kat SPR.

Cerita pasal tempat aku outing nie, tempat ni name dia tanjung sepat. Kalau mengikut sejarah tanjung sepat merupakan perkampungan kecil tentera tiga bintang. Macam2 cerita aku dan bapak aku dengar dari penduduk kampung.

Sekarang kampung ni merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil. Ada juga dari penduduk ni bergantung rezki dari hasil bercucuk tanam seperti kelapa sawit, ubi kayu, dan pisang. Ada juga penduduk kampung ni membuat peniagaan sewa sampan, bot, jet sky, kelong, dan bermacam jenis penggangkutan air lagi.

Suasana hari ni ada la seperti biasa la terik sampai aku hampir2 nak minum air laut. hahaha.. Nasib baik ade bapak aku kalau tak dah selamat berbuka puasa lah aku jawab nyer hahaha.. Panas sampai aku pening kepala. kalau tak percaya cuba tanya bapak aku. Tapi bapak aku tak tahu yang aku ada niat nak selamat berbuka puasa. hahaha.. Harap2 bapak aku masuk entry ni cuma tengok gambar lah nak nyer yer.. Kalau tak kantoi la aku kena siat idop2.. hahaha..

Kepala pon dah taban (mengantuk/penat) jadi aku akhiri ngan wabillahhitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Agak2 la dah kol 3pg nie...


Portrait Lalat



Wawawawawa boring tahap Maxima a.k.a tahap gaban ni. Ape nak buat hari ni? Nak outing malas plak. Lepak umah plak macam dok wad. Nak tido makruh plak pose. Bukak TV hari2 rancangan wanita hari ini, cite politik, cite kartun, cite masak². warghhh bosan nyer kalau idop beterusan macam ni. Ape kena mengena aku letak portrait lalat kat atas tu sedangkan cerita aku ni cerita merapu. Munkin aku pening² lalat kot. Huhuhu.. Layan je arrrr..

Inside Kuantan

Sungai Pandan waterfall Kuantan

Weather on my way to Kuantan

Kuantan waterfront

My half way from KL to Kuantan and 113KM to go bebeh..

surrounding Sungai Pandan Kuantan

Photographer at Kuantan

28 ogos lepas aku ke Kuantan Pahang untuk bercuti dan bertemu dengan Juni Haikal sekeluarga. Rumah Juni yang terletak di pendalaman Gambang menarikan perhatian aku dengan keindahan semulajadi. Rumah Juni juga berdekatan dengan air terjun Sungai Pandan. Air terjun ini terletak di panching lebih kurang 10 minit dari kem tentera Kuantan. Percutian aku kali ni amat bermakna dalam seumur hidup aku.

Nota kaki : Kepada mak dan bapak Juni terima kasih banyak-banyak kerana menyediakan juadah berbuka dan tempat untuk saya bermalam. Layanan mesra pakcik dan makcik amat saya hargai.

SPM 2009

Untuk adik aku hakim, pembaca, pengikut blog aku yang akan menduduki
sijil pelajaran malaysia SPM.

Kelas Bacaan